Monday 28 May 2012

SAJAK FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN


      

FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN

Maka seorang pujangga pun berkata,
 "adalah dadah itu musuh utama negara
  adalah dadah itu perosak jiwa
  adalah dadah itu pembunuh semata-mata."

Hari ini,
  angkara dadah telah mati seorang negarawan
  angkara dadah telah mati seorang seniman
  angkara dadah telah mati seorang olahragawan
   angkara dadah telah mati seorang jutawan
   angkara dadah telah mati seorang sasterawan
   angkara dadah telah mati seorang ilmuwan
   angkara dadah telah mati seorang wirawan.

 Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia
  kau tidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau keluarga
   kau racun dalam khayal yang tidak terduga
   seperti tercatat dalam sejarah
  jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka
   oleh candu, marijuana, morfin, heroin atau apa-apa sahaja namamu
   kaulah penghancur sebuah tamadun bangsa dan negara.

  Tuhan,
  bekalkan aku kudrat iman yang tulus
  untuk melewati lorong hidup
 yang penuh onak dan duri
  juga gelombang di laut masa depan
   dewasa mengejar cita-cita
 tegar memburu negara jaya.

   Sahabat segenerasiku,
   rimba di depan kita masih luas terbentang
   mari kita pilih jalan lurus ke syurga
   bukan lorong hitam ke neraka.


Friday 13 April 2012

Selamat datang ....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua. Ini adalah 1st entry untuk Unit B&K tahun 2012. Hari ini ada Latihan Dalam Perkhidmatan yang kedua untuk guru-guru SMK La Salle PJ. Tajuk hari ini adalah Blogging di mana guru-guru diajar untuk membina blog masing-masing terutama untuk panitia masing-masing.

Penceramah hari ini ialah En Lawrence salah seorang guru SMK La Salle. Beliau bersemangat memberikan ilmu kepada guru. Selepas taklimat yang diberikan, guru-guru harus melakukannya secara praktikal.

Kursus seperti  ini sangat bagus..... kerana selepas kursus, terus siap. Begitu juga dengan pelajar-pelajarkan....

Sekian..jumpa lagi....
                                     Cikgu Rozie